Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Tambahan

Bantuan Tambahan RM700 untuk semua golongan B40 & penerima STR: Ini cara buat tuntutan

Posted on February 17, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah melalui Skim perlindungan masyarakat mySalam (mySalam) kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim bantuan ini:-

Bantuan Tambahan RM700

mySalam pada asasnya merupakan sebuah inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma rakyat Malaysia berkelayakan.

Manfaat utama skim ini adalah pembayaran tunai sebanyak RM8,000 secara ‘one-off’ apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Selain itu, terdapat satu lagi bantuan tambahan di bawah skim ini iaitu Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Tentera dan Hospital Universiti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima BKM 2022 (STR bagi tahun 2023) merangkumi:
    • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
    • Individu bujang berumur antara 21 hingga 65 tahun;
    • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Membuat Tuntutan

Bagi yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, tuntutan hospitalisasi boleh dibuat dengan tatacara di bawah:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’;
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan kelayakan mySalam, ia boleh dibuat di Portal Rasmi mySalam dengan memasukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan di tempat yang disediakan.

Info lengkap berkenaan mySalam, boleh dibaca dengan teliti – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme