Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Bantuan RM90 dikreditkan automatik dalam kad setiap bulan: Berikut cara menggunakan kad ini

Posted on February 14, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah melalui bantuan Kad Perak Prihatin kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini:-

Bantuan RM90 Setiap Bulan

Pihak Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Kad Perak Prihatin. Malah, melalui Belajawan Negeri 2023, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menaikkan nilai kad ini daripada RM80 kepada RM90.

Manfaat uatama kad ini adalah:

  • RM90 dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam kad;
  • Kad boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan asas;
  • Urusan pembelian secara tanpa tunai (cashless);
  • Kad boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar;
  • Akan ditambah nilai ke tahap RM90 setiap bulan.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Semak Kelayakan

Program ini pada asasnya diperkenalkan bagi meringankan perbelanjaan golongan B40 yang memerlukan dan berkelayakan.

Semakan kelayakan program ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Perak Prihatin.

Tatacara menggunakan kad ini adalah seperti berikut:

  • Pergi ke kedai/pasaraya berdaftar;
  • Pilih barangan keperluan yang hendak dibeli;
  • Semak baki kad bagi mengetahui had penggunaan;
  • Beri Kad Perak Prihatin kepada juruwang ketika ingin membuat pembayaran;
  • Juruwang akan merekod barangan yang dipilih;
  • Hanya barang yang tersenarai akan diluluskan untuk pembelian;
  • Juruwang masukkan kad di terminal pembayaran;
  • Peserta menekan pin di terminal pembayaran.

Bagi maklumat lengkap dan teliti berkenaan program (manfaat, senarai kedai/pasaraya, cara mengaktifkan kad dan sebagainya) sila lihat di Portal Rasmi Perak Prihatin – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme