Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
BANTUAN RM500

Bantuan RM500 dibayar pada bulan ini & bulan depan: Tak perlu memohon & ini cara pembayarannya

Posted on February 15, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 kepada mereka yang berkelayakan.

Bagi tahun 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan ini kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Penerima BMT

BMT sebanyak RM800 ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta dan akan dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Bantuan ini diberikan sebanyak tiga fasa dengan jumlah pembayaran RM300 bagi Fasa 1 dan Fasa 2, manakala RM200 untuk Fasa 3.

Mereka yang layak menerima bantuan kewangan ini adalah pada peneroka tanaman getah FELDA di seluruh negara yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Peneroka yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
  • Peneroka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
  • Peneroka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BMT akan mula dilaksanakan pada bulan Januari 2023 bagi Fasa 1, Februari 2023 untuk Fasa 2 dan Mac 2023 bagi Fasa 3.

Makanya, baki pembayaran BMT adalah sebanyak RM500 (RM300 FASA 2 & RM200 Fasa 3) yang akan disalurkan pada bulan ini (Februari 2023) dan bulan depan (Mac 2023).

Kaedah pembayarannya akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima. Dimaklumkan juga bahawa, kaedah transaksi tanpa tunai yang dilaksanakan sepenuhnya oleh FELDA mulai Januari 2023 ini adalah seiring dengan Revolusi Teknologi 4IR serta salah satu usaha FELDA dalam pemantapan tadbir urus serta mengelakkan sebarang ketirisan dalam pengurusan kewangan.

Bagi maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, ia boleh diteliti di Media Sosial Rasmi FELDA – DI SINI atau peneroka boleh terus berhubung dengan Pengurusan Rancangan masing –masing.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme