Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
air percuma

Bil air semakin mahal? Ini cara mohon Bantuan Bil Air Percuma untuk tahun ini & tahun depan

Posted on February 16, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah Bantuan Bil Air Percuma kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:-

Bantuan Bil Air Percuma

Bantuan ini dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE) iaitu sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma  kepada kumpulan sasar.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
  • Premis kediaman meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • TERKINI: Permohonan Bantuan Kewangan sehingga RM10,000 untuk beli motosikal
  • Cara mohon Bantuan Kewangan RM500 setiap bulan kepada rakyat Malaysia yang layak

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonannya bantuan ini boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Permohonan juga boleh dibuat secara manual melalui Kaunter Perkhidmatan di mana-mana 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat (PKM).

Dimaklumkan, semua penerima rebat sedia ada dan pemohon baru SADE yang layak akan menikmati faedah skim ini sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

Maklumat lengkap berkenaan skim ini sila lihat DI SINI dan permohonan secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme