Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Kewangan

Cara memohon Bantuan Kewangan RM100 setiap bulan kepada ibu bapa yang ada anak di TASKA

Posted on January 31, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM100 setiap bulan melalui Program Asuh Pintar di bawah Belajawan Negeri Selangor 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana skim ini:-

Bantuan Kewangan RM100

Bantuan ini pada asasnya melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM100 setiap bulan sebagai bantuan yuran TASKA atau Nurseri bagi anak-anak yang berusia 4 tahun ke bawah.

Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri terlibat dan berdaftar sahaja (senarai boleh dilihat DI SINI).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
    • Dilahirkan dan menetap di Selangor; atau
    • Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (Perlu Mendapatkan Pengesahan dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan tempat di mana pemohon menetap)
  • Syarat Pendapatan Isi Rumah mestilah RM5,000 ke bawah;
  • Suami dan isteri berkerja;
  • Anak berumur 4 tahun dan ke bawah;
  • Terhad kepada 2 orang anak sahaja;
  • Taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat);
  • Ibu dan bapa adalah Pengundi Berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonannya bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Asuh Pintar.

Bagi permohonan tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian dan dokumen sokongan lengkap wajib disertakan seperti berikut;

  • Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem;
  • Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon;
  • Salinan MyKad Ibu;
  • Salinan MyKad Bapa;
  • Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah);
  • Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah);
  • Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor);
  • Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

Dokumen itu kemudiannya hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini sila lihat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme