Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
BMT

Bantuan Kewangan BMT RM300 telah mula dikreditkan: Berikut senarai penerima yang layak

Posted on November 17, 2022 by Admin

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah Bantuan Kewangan RM300 yang dibayar pada bulan ini.

Bantuan yang dimaksudkan itu adalah sumbangan kewangan di bawah RISDA yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Bantuan ini pada asasnya merupakan sebuah inisiatif Kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dalam menghadapi musim tengkujuh yang akan melanda negara setiap penghujung tahunnya.

Berikut maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan BMT

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja);
  • Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

  • Kerajaan setuju bayar Bantuan Khas Kewangan RM1,500 bulan depan: Senarai penerima yang layak
  • BKM Fasa 4 telah mula dikreditkan: Berikut senarai mereka yang layak dapat BKM Tambahan RM500

Cara Semak Kelulusan

Pembayaran bantuan kewangan ini akan melalui dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022 dengan jumlah setiap fasa sebanyak RM300 (jumlah keseluruhan RM600).

Kaedah pembayarannya pula adalah secara pemindahan terus ke akaun bank penerima atau secara Electronic Fund Transfer (EFT).

Bagi yang ingin membuat semakan kelulusan BMT, ia boleh dibuat secara atas talian DI SINI dan maklumat lebih teliti berkenaanya boleh dirujuk DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme