Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Jawatan kosong

PKNNS buka pengambilan jawatan kosong bertaraf kontrak & tetap: Gaji sehingga RM4,003

Posted on November 8, 2022 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong PKNNS

  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  2. PEMBANTU AWAM H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  3. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Jawatan Kosong

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Pengambilan Jawatan Pentadbiran & Banyak Lagi Kekosongan di MQA
  • Temuduga di Lembaga Penilai & Pentaksir Malaysia

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan-jawatan ini hendaklah dibuat dengan mengemukakan Resume yang mengandungi latar belakang diri, latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, kemahiran, penglibatan luar, rujukan serta alamat rumah, emel dan nombor telefon terkini.

Ia perlu disertkan bersama sekeping gambar saiz passport dan salinan dokumen-dokumen (yang telah diakui sah dan benar) seperti berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Surat Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil PT3 / PMR, Sijil SPM, Sijil Asasi / Matrikulasi / STPM
  • Transkrip Keputusan Asasi / Matrikulasi /STPM
  • Sijil Diploma atau / dan Sijil Ijazah Sarjana Muda
  • Transkrip Keputusan Diploma atau / dan Ijazah Sarjana Muda
  • Sijil Badan Profesional
  • Sijil-sijil kegiatan luar serta lain-lain dokumen yang berkaitan.

Permohonan yang lengkap perlu dilampirkan bersama Surat Iringan (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar ke alamat:

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
P.O.BOX 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN. NEGERI SEMBILAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 14 NOVEMBER 2022, ISNIN.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh didapati – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme