Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Bantuan Kewangan RM300 dikreditkan bulan depan: Ini senarai penerima & cara semak kelulusan

Posted on October 26, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Agensi sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah sebuah program yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah RISDA kepada mereka yang memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Penerima hendaklah Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

BMT melibatkan jumlah bantuan keseluruhan sebanyak RM600 yang dibayar sebanyak dua fasa (RM300 setiap fasa) pada bulan November dan Disember 2022.

Tarikh rasmi pembayaran bagaimanapun belum dimaklumkan oleh pihak RISDA dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pembayaran akan dilaksanakan secara  Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Berkenaan dengan semakan kelulusan BMT, ia boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Manakala, maklumat lebih teliti berkenaan BMT boleh dirujuk di Portal BMT RISDA – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme