Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Untuk yang berpendapatan bawah RM5,000, mereka layak mohon Bantuan IKPP RM250 “one-off”

Posted on October 23, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) sebanyak RM250, berbanding RM200 sebelum ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang. (Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan IKPP ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan IKPP secara lengkap.

Borang itu juga perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Maklumat lebih teliti berkenaan insentif ini boleh dilihat di Portal e-Munakahat Pahang – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme