Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Boleh mohon sehingga RM10,000 untuk beli motosikal di bawah TEKUN: Ini penjelasannya

Posted on October 9, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Bajet 2023 adalah apabila Kerajaan bersetuju meneruskan Skim TEKUN Belia Mobilepreneur dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, TEKUN Mobilepreneur adalah pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

Pembiayaan yang boleh dimohon adalah dari RM1,000 hingga RM10,000 bagi tujuan:

  • Baik pulih motosikal;
  • Pembelian motosikal;
  • Modal pusingan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India);
  • Pemohon bukan seorang yang muflis;
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT);
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Berkenaan cara permohonan, ia boleh dilaksanakan di mana-mana pejabat TEKUN berdekatan.

Akan tetapi, oleh kerana Skim TEKUN Belia Mobilepreneur diperkenalkan di bawah Bajet 2023, ia hanya dapat dimohon bermula pada tahun hadapan (2023) iaitu tahun pelaksanaan Bajet ini.

Maklumat lengkap berkenaan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2023 boleh dilihat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme