Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Individu Yang Berkelayakan Boleh Memohon Skim Bantuan Kewangan SIAP RM500-RM1,500

Posted on August 15, 2022 by Admin Gov

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan SIAP yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan SIAP yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara.

  • Peringkat Diploma: RM 500.00
  • Peringkat Ijazah Dalam Negara: RM 1,000.00
  • Peringkat Ijazah Luar Negara: RM 1,500.00

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
  • Peringkat Diploma : 18 hingga 23 tahun
  • Peringkat Ijazah : 18 hingga 25 tahun

Cara Memohon Bantuan

Pemohon perlu menghubungi pihak FELDA melalui talian berikut: No. Tel: 03 2191 2191 | No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke pautan berikut: https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan

Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan:

  • Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan peneroka
  • Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini

Apakah Bantuan SIAP?

Pihak FELDA menyediakan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP). Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.

Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme