Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Jika Anda Memohon Pengeluaran Khas KWSP Pada 1 April. Ini Tempoh Masa Duit Dimasukkan Ke Dalam Akaun Bank Anda

Posted on April 17, 2022April 18, 2022 by Admin Gov

Pihak KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayara telah diawalkan bermula pada 18 April 2022.

Untuk menyemak kelulusan pula, semakan status permohonan telah pun dibuat oleh anda semua bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Jika anda sudah semak kelulusan, anda perlu memastikan akaun bank anda memenuhi beberapa syarat agar wang itu berjaya dikreditkan seperti yang anda kehendaki.

Tarikh Pembayaran Jika Anda Memohon Awal

Menurut Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Zafrul, “Kalau 1/4 dah mohon, insyaAllah boleh dapat cepat. Tapi kalau 15/4 baru mohon harap nak dapat 20/4, yang tu dapat daalam mimpi je lah.”

Berikut syarat-syarat akaun bank yang diterima untuk pengkreditan

Seperti yang dinyatakan pihak KWSP sebelum ini, pembayaran akan dilakukan dalam satu bayaran sahaja. Dan ia akan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli. Akaun bank itu mestilah:

  • masih aktif
  • di bawah nama ahli sendiri

Sertai Channel Telegram https://t.me/jawatankerja

Berikut syarat-syarat akaun bank yang tak diterima untuk pengkreditan

Terdapat beberapa jenis akaun bank yang tidak dibenarkan untuk pengkreditan. Akaun bank tersebut adalah:

  • Akaun bersama atau
  • yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.

Pencarum juga boleh berjumpa dengan pegawai khidmat nasihat ahli di mana-mana cawangan agensi berkenaan di seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan mereka.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
April 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Mar   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme