Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Pihak KWSP Umum Portal & Aplikasi Yang Perlu Anda Gunakan Untuk Pengeluaran Khas RM10,000 One -Off

Posted on March 30, 2022 by Admin Gov

Seperti yang ditunggu ramai, pihak KWSP telah pun mengeluarkan kenyataan rasminya mengenai Pengeluaran Khas RM10,000 Melalui KWSP.

Berikut adalah maklumat yang perlu anda semua ambil maklum untuk memudahkan urusan sewaktu melakukan pengeluaran.

Kaedah Bayaran

Pembayaran bagi Pengeluaran Khas simpanan KWSP akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.

Anda perlu memastikan bahawa akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Portal & Aplikasi Yang Terlibat

Ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my, yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.

Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Syarat Kelayakan & Tarikh Pembayaran

KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.

Sebelum mengemukakan permohonan, ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun, atau Kios KWSP

Jumlah Minima & Maksimum

Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000, dan minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka. Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka.

KWSP turut mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan, dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme