Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Tabung Haji Bakal Umum Bantuan Kewangan. Ini Maklumat Penuh Yang Anda Perlu Tahu

Posted on February 18, 2022 by Admin Gov

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang akan diumumkan adalah Bantuan Kewangan Haji yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Kewangan Haji yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan Kewangan Haji?

Bantuan kewangan haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah yang akan mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos keseluruhan yang dikehendaki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu akan diumumkan selepas prosedur operasi standard (SOP) negara itu dimuktamadkan.

Tahun ini Arab Saudi telah naik VAT (Cukai Nilai Ditambah) daripada lima peratus kepada 15 peratus dan juga bilik hotel dulu boleh duduk enam ke tujuh orang dan kali ini dengan SOP Covid-19 mungkin kurang (boleh menginap)

Kerajaan Malaysia hanya boleh memuktamadkan bantuan kewangan haji serta kos keseluruhan mengerjakan haji selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos-kos yang terlibat.

Baca Maklumat Penuh Di Pautan Berikut: https://www.sinarharian.com.my/article/187770/BERITA/Nasional/TH-umum-bantuan-haji-selepas-kerajaan-Arab-Saudi-umum-kos-sebenar-haji

Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI

Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:

  • Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
  • Tidak pernah menunaikan fardhu haji.
  • Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.

Ikuti langkah berikut untuk daftar Haji online:

  • Login ke akaun THiJARI
  • Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah)
  • Klik Pendaftaran Haji
    Klik ikon Tambah Pemohon
  • Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.
  • Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan.
  • Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.
  • Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme