Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29. Gaji Ditawarkan RM 1,493.00 – RM5,672.00

Posted on February 3, 2022 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (singkatan: UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia.

Ditubuhkan pada 27 September 2000, universiti ini mengkhususkan dalam bidang Kejuruteraan elektrik dan elektronik, Kejuruteraan awam dan alam sekitar,Kejuruteraan mekanikal dan pembuatan,Pengurusan teknologi,Perniagaan dan keusahawanan, Sains komputer dan Teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional.

Universiti ini juga adalah salah satu daripada Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) .

Jawatan Yang Ditawarkan

Penolong Pegawai Tadbir N29

  • Kekosongan: 2
  • Gaji: RM 1,493.00 – RM5,672.00

Syarat Kelayakan

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ATAU
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan Yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ATAU
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Cara Memohon Jawatan

(a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.

(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada [email protected].

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme