Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Kekosongan Jawatan Pembantu Operasi Gred N11. Kelayakan Minima PMR/PT3

Posted on December 21, 2021 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal ehwal Orang Asli di Malaysia.

Matlamat utama Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh; melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Operasi Gred N11

  • Gaji Minimum : RM1,216.00
  • Gaji Maksimum : RM2,983.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) atau

PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)

Cara Memohon Jawatan

  • Borang Permohonan boleh didapati Laman Sesawang JAKOA di pautan berikut: https://www.jakoa.gov.my/wp-content/uploads/2021/12/BORANG-JAWATAN-KOSONG-KONTRAK-JABATAN.pdf (KLIK SINI)
  • Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
  • Mengemukakan maklumat untuk dihubungi yang terkini;
  • Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga; 1.6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan

Borang permohonan perlu di kembalikan semula kepada alamat seperti berikut :-

Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) Tingkat 20, West Block, Wisma Golden Eagle Realty, 142-C, Jalan Ampang 50548 KUALA LUMPUR (u.p.: Puan Siti Nurazira Binti Sahhudin)

Tel: 03-216140577 ext 231/260

Emel : [email protected]

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 26 DISEMBER 2021 (AHAD)

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme