Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Bayaran 9 Skim Bantuan Bulanan Ini Dimasukkan Pada 1-10 Januari 2022. Ini Penerangannya

Posted on December 8, 2021 by Admin Gov

Tahun 2021 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sedar atau tidak, masih ramai yang terus berjuang untuk mencari rezeki bagi menampung kos kehidupan diri sendiri dan juga keluarga.

Seperti yang kita tahu, bagi mereka yang ingin memohon bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), syarat kelayakan telah dipermudahkan dengan syarat minima pendapatan RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.

Oleh itu, mereka yang mempunyai pendapatan di bawah jumlah RM1169 ini layak menerima pelbagai skim kebajikan JKM jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Bagi bulan Januari ini, berita gembira buat mereka yang berkelayakan. Ini kerana tarikh rasmi wang bantuan akan disalurkan kepada penerima telah dikeluarkan.

Tarikh Rasmi Kemasukan Januari 2022

FB Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyatakan bahawa Bayaran Bantuan Kewangan JKM bagi bulan Januari 2022 akan dikreditkan mulai 1 Januari 2022 sehingga 10 Januari 2022.

Bantuan-bantuan bulanan yang terdapat di bawah Skim Bantuan JKM adalah seperti berikut:

  1. BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
  2. BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)
  3. BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
  4. ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
  5. BANTUAN AM PERSEKUTUAN
  6. BANTUAN AM NEGERI
  7. BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
  8. BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)
  9. BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Kadar bantuan adalaha di antara RM100 hingga RM1000 sebulan mengikut jenis bantuan. Untuk maklumat lanjut mengenai setiap bantuan, pemohon baru boleh pergi ke pautan ini: Bantuan JKM (KLIK SINI).

Cara Memohon Bantuan Bulanan JKM

Bagi mereka yang layak dan ingin memohon. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat permohonan:

1. Pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.

2. Selain itu, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan (KLIK SINI). Jangan lupa untuk membawa dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

ATAU

3. Untuk cara lebih mudah, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal: eBantuanJKM. Selepas itu, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian.

Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme