Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Semak Akaun Anda. Jika Memenuhi Syarat, Sepatutnya Anda Menerima BKP RM500 Bermula 26 Oktober

Posted on November 8, 2021November 8, 2021 by Admin

Bermula 26 Oktober lalu, terdapat berita gembira buat individu yang menerima BPR/BKC/GKP yang memerlukan bantuan kewangan, ini kerana kerajaan telah melaksanakan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa, 26 Oktober 2021.

Kini telah memasuki bulan November 2021. Jika anda belum menerima lagi bantuan BKP tersebut, sila baca maklumat terperinci berikut:

Syarat Kelulusan BKP

Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:

  • Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
  • Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

Cara Pembayaran Bantuan

Terdapat dua kaedah pembayaran. Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank:
    Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Tarikh Rasmi Pembayaran

Pembayaran BKP akan dibuat mulai 26 Oktober 2021 secara berperingkat. Pemakluman pembayaran BKP juga akan dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Penunaian BKP di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) boleh dibuat mulai 28 Oktober 2021.

Cara Semakan

Semakan status BKP boleh dibuat di Portal Rasmi BKP (https://bkp.hasil.gov.my) mulai 26 Oktober 2021.

Anda Layak Tetapi Tidak Menerima BKP?

Sekiranya tuan/puan mengalami masalah berhubung BKP, boleh menghubungi talian rujukan segera Bantuan Khas Kerajaan seperti berikut: 1800-88-2747

Untuk lebih mudah dan cepat, tuan/puan boleh  menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme