Jawatan kosong terkini di Perodua Sales Sdn Bhd: Tawaran gaji dari RM2,500 hingga RM3,500

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perodua Sales Sdn Bhd kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

EKSEKUTIF PENJAGAAN PELANGGAN

  • Cawangan: PERODUA Pulau Pinang
  • Jenis jawatan: Sepenuh masa
  • Gaji: RM2,500 – RM3,500

Bidang Tugas

  • Menangani aduan pelanggan dengan berkesan dan profesional;
  • Memberi maklum balas dan memantau perkembangan/status kes aduan pelanggan;
  • Memastikan kawasan lounge dan outlet pelanggan sentiasa bersih dan kemas;
  • Bertanggungjawab dalam menghias outlet untuk sebarang acara perayaan/promosi;
  • Bertanggungjawab untuk pengaturan minuman kepada pelanggan bagi memastikan ketersediaan pada setiap masa;
  • Menyediakan laporan mingguan dan bulanan mengenai hal-hal perhubungan pelanggan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan dan memberikan maklumat tepat serta benar di sistem berkenaan.

Hanya calon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Iklan rasmi kekosongan rujuk – DI SINI.

Related Posts