Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Masih Ramai Belum Menerima i-Citra Bulan Oktober. Ini Tarikh Betulnya & Cara Semakan

Posted on October 18, 2021October 18, 2021 by Admin

Bagi mereka yang bekerja serta merupakan pencarum KWSP, berita gembira untuk anda semua kerana Kerajaan Persekutuan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaksanakan i-Citra.

Namun, memandangkan masih ramai belum terima bayaran i-Citra Oktober 2021, anda semua pasti tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran i-Citra bulan kedua ini akan dikreditkan ke akaun masing-masing.

Oleh itu, kami akan berkongsi kepada anda semakan status dan jadual pembayaran bagi bulan Oktober dan bulan-bulan seterusnya.

Tarikh Permulaan Bayaran i-Citra

Untuk pengetahuan semua, pembayaran i-Citra bagi Oktober akan bermula pada 1 Oktober 2021. Untuk pengkreditain bayaran ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1 – 3 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.

Jadual Pembayaran i-Citra

Untuk pengetahuan semua juga, tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya.

Sebagai contoh, jika bayaran September masuk pada 2 September 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 Oktober 2021, begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.

Jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan. Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.

Cara Semakan Status i-Citra

Semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.

Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:

  • Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
  • Klik pada butang SEMAK STATUS
  • Isikan maklumat yang diminta
  • Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:

  • Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  • Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
  • Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  • Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
  • Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah

Maklumat Lanjut

Jika masih terdapat sebarang masalah, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook rasmi KWSP.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme