Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Jawatan Terkini Di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Tarikh Tutup 30 September

Posted on September 20, 2021September 21, 2021 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Kewujudan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) adalah merupakan titik tolak pertama ke arah pembangunan dan kemajuan pendidikan tinggi Islam di negeri ini.

Ibu pejabatnya terletak di KM 8 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Akauntan Gred W19

  • Kekosongan: 1
  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan rakyat Pahang
  • Status Kontrak: Kontrak Untuk Perkhidmatan
  • Tempoh Kontrak: Minimum Enam (6) bulan

Syarat Lantikan

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:

  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang perakaunan/kewangan
  • Berkemahiran menggunakan sistem perakaunan Biztrak adalah satu kelebihan
  • Boleh bekerja dalam pengawasan yang minimal dan boleh bekerja lebih masa
  • Komited menyelesaikan tugas dalam tempoh masa yang diberikan

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar borang permohonan yang boleh dimuat turun di sini: Borang Permohonan Jawatan KUIPSAS PDF (KLIK SINI)

Borang permohonan boleh dihantar ke Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Bangunan Canselori, KM8 Jalan Gambang, 25150 Kuantan (up: Jabatan Sumber Manusia).

 

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme