Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

GKP 4.0: Tarikh Bayaran RM1,000 Untuk Peniaga (September)

Posted on September 6, 2021September 6, 2021 by ADMIN AA

Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi. Secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 PEMULIH ini.

Bayaran GKP 3.0

Di bawah PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak 1 ribu ringgit kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat 500 ringgit lagi pada pertengahan bulan Julai nanti.

Bulan Bayaran GKP 3.0:

  • RM1000 Jun 2021
  • RM500 Julai 2021

Bayaran GKP 4.0

Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021

Bulan Bayaran GKP 4.0:

  • RM500 September 2021
  • Rm500 November 2021

Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka, Insya-Allah.

Permohonan Baharu GKP 4.0

Usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran baru telah pun bermula pada Julai lalu.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme