Cara Memohon Bantuan Am Persekutuan Untuk Dapatkan Maksimum RM350 Sebulan

Bagi mereka yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Bantuan Am Persekutuan.

Misi utama skim bantuan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membantu klien atau keluarga yang layak bagi menampung perbelanjaan harian mereka.

Ia merupakan khabar gembira buat anda yang layak kerana akan menerima bantuan seperti berikut:

  • RM100 sebulan (seorang)
  • Maksimum RM350 sebulan (sekeluarga)

Dalam artikel ini akan diterangkan secara terperinci semua perkara yang perlu dilakukan untuk melayakaan diri anda mendapat bantuan ini. Berikut adalah penerangannya:

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain

Perlu diingatkan bahawa pemohon digalakkan untuk pergi terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat atau menghubunginya mengikut daerah tempat tinggal pemohon bagi maklumat kelayakan lebih terperinci dan jelas. Untuk mengetahui nombor telefon mengikut kawasan, boleh: KLIK SINI

Cara Memohon

Bagi mereka yang layak dan ingin memohon. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat permohonan:

Pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.

Selain itu, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan (KLIK SINI). Jangan lupa untuk membawa dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

ATAU

Untuk cara lebih mudah, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal: eBantuanJKM. Selepas itu, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian.

Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Untuk maklumat skim bantuan ini secara rasmi, boleh dirujuk DI SINI.

 

Related Posts