Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Jawatan Dibuka di Jabatan Komunikasi Komuniti, JPM ~ Gaji RM1,493 – RM9,544

Posted on July 5, 2021 by Admin

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar baik menanti anda kerana Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdan Menteri kini telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Maklumat jawatan

PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kekosongan: 68 jawatan
  • Gaji: RM2,078 – RM9,544

 

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kekosongan: 57 jawatan
  • Gaji: RM1,493  – RM5,672

Syarat-syarat kelayakan

PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

  • Ijazah sarjana muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S29

  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon

Bagi yang berminat, KLIK SINI untuk iklan rasmi jawatan. Pemohonan pula boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (KLIK SINI) dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil-sijil Persekolahan;
  • Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara-(jika berkenaan);
  • Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
  • Sekeping gambar ukuran passport (berwarna); dan
  • Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

Jabatan Komunikasi Komuniti
Aras 3, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
(u/p: Unit Sumber Manusia)
(sila tulis nama jawatan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan)

Selain itu, permohonan juga boleh dihantar secara e-mel ke alamat: [email protected]

Tarikh tutup permohonan pada 07 JULAI 2021 (RABU). 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme