Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Tujuh pekerja kilang dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana gagal scan kod MySejahtera

Posted on May 27, 2021May 27, 2021 by Admin Gov

Dilaporkan oleh Berita Harian bahawa tujuh pekerja dari dua kilang di Seri Alam, Pasir Gudang telah dikompaun RM1,000 setiap seorang. Alasannya, mereka telah gagal mengimbas kod MySejahtera ketika memasuki premis berkenaan untuk memulakan kerja.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, ia susulan operasi bersepadu mengejut yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT), baru-baru ini.

Operasi secara besar-besaran ini meninjau 10 premis perindustrian sekitar Seri Alam dan Iskandar Puteri

Seseorang pekerja boleh dikompau  mengikut Peraturan 16(e) iaitu individu gagal menggunakan aplikasi MySejahtera atau mencatatkan nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis.

“Pada pagi ini satu operasi bersepadu mengejut yang turut disertai Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) diadakan bagi memastikan prosedur operasi standard ( SOP) PKP 3.0 dipatuhi premis perindustrian.

“Operasi secara besar-besaran ini meninjau 10 premis perindustrian sekitar Seri Alam dan Iskandar Puteri dan hasilnya tujuh pekerja kilang telah dikenakan kompaun kerana didapati gagal mengimbas kod MySejahtera atau menulis maklumat peribadi mereka, ketika semakan dibuat terhadap semua pekerja di situ,” kata Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Polis turut menerima laporan berhubung tindakan seorang pegawai atasan warga asing di sebuah kilang

Katanya lagi, polis turut menerima laporan berhubung tindakan seorang pegawai atasan warga asing di sebuah kilang di Seri Alam, yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam pematuhan kehadiran 60 peratus pekerja ketika PKP 3.0 dikuatkuasakan.

Tindakan amaran sudah diberikan kepada pegawai atasan kilang terbabit supaya mematuhi ketetapan kerajaan.

“Polis menerima laporan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung keengganan pegawai atasan terbabit mematuhi had jumlah pekerja yang ditetapkan. Saya sudah jumpa pegawai atasan terbabit dan memberikannya amaran. Tak kira dari mana pun, warga apa pun, perlu ikut peraturan di negara ini.

“Saya difahamkan orang tempatan tiada masalah ikut arahan, cuma yang ‘keras’ sikit warga asing, kalau ‘keras’ kita akan lembutkan,” katanya.

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2021
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme