Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Pekerja pukul majikan sehingga mati kerana permohonan cuti. Ini cerita penuhnya

Posted on May 20, 2021May 20, 2021 by Admin

Berdasarkan laporan Utusan baru-baru ini, seorang lelaki warga Myanmar sanggup memukul majikannya dengan kayu di sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, Batu Gajah kerana marah permohonan cuti tidak diluluskan.

Majikan atau boss, Kew Nam Wang berusia yang parah di kepala disahkan meninggal dunia pada pukul 8.35 malam ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kejadian pada pukul 8 pagi itu berlaku susulan pertengkaran antara suspek berusia 23 tahun dan mangsa berkaitan permohonan cuti lelaki itu.

Suspek kemudian bertindak memukul mangsa menggunakan sebatang kayu di bahagian belakang kepala.

“Pukulan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di kepala manakala suspek melarikan diri dengan menaiki basikal.

“Kejadian itu disaksikan oleh dua rakan senegara suspek dengan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan lanjut,” katanya

Menurut beliau, mangsa yang mengalami pendarahan di otak, retak tempurung kepala dan patah tulang tengkuk itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas lebih 12 jam menerima rawatan.

Katanya, suspek yang melarikan diri itu bagaimanapun berjaya ditahan di belakang kawasan perumahan di Bandar Seri Pengkalan, Pusing pada pukul 6.15 petang, semalam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati premis tersebut mempunyai tiga kamera litar tertutup namun tidak berfungsi sejak setahun lalu.

“Ujian air kencing ke atas suspek mendapati negatif mengambil dadah dan dia direman tujuh hari sehingga Selasa ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2021
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme