Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan di JAIS. Kelayakan dari PMR hingga Ijazah

Posted on April 21, 2021April 21, 2021 by Admin

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah sebuah jabatan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. Ia ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal Islam di negeri Selangor.

Selain itu, JAIS juga berperanan dalam menyediakan peranan Institusi Islam dan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik , memberikan pendidikan agama yang kukuh kepada umat Islam dan merancang program dakwah kepada semua lapisan masyarakat.

Jawatan:

Kini, JAIS telah mempelawa mereka yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Berikut adalah jawatan-jawatan yang disedia untuk dimohon:

  1. Jurutera Gred J41 (Lelaki/Perempuan)
  2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Lelaki/Perempuan)
  3. Pemandu Kenderaan Gred H11 (Lelaki)

Syarat kelayakan bagi jawatan-jawatan yang dibuka adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan jawatan.

Syarat am jawatan pula adalah:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Kelahiran Negeri Selangor, atau
  • Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau
  • Telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPAN).
  • (Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan)

Cara permohonan:

Maklumat lanjut jawatan boleh didapati di laman ini. Pemohonan pula boleh dibuat di: https://espns.selangor.gov.my/index.php/login.

Tetapi pemohon mestilah memenuhi ketetapan kelayakan, sebelum dipanggil temuduga. Hanya calon yang menepati kelayakan akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan: 26 April 2021

……….

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme