Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Tarikh bayaran

Tarikh bayaran STR Fasa 3: Semakan status, senarai penerima & cara pembayaran

Posted on July 30, 2024 by Admin

Pada tahun 2024 ini, pelbagai jenus bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bantuan ini pada asasnya merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Secara amnya, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah pemberian tunai kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40. Bantuan ini diberikan sebagai usaha membantu rakyat yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.

Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan STR yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Namun begitu, bagi mereka yang bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta – mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Untuk makluman, setakat ini STR telah dibayar bagi Fasa 1 pada bulan Januari lalu dan Fasa 2 pada bulan April 2024. Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 3 pula, ia dijadualkan akan dibayar pada bulan Ogos 2024. Berdasarkan pelaksanaan STR sebelum ini, kemungkinan STR Fasa 3 akan dibuat pada pertengahan Ogos 2024.

Tentang cara pembayaran pula, ia akan dibuat dengan dua kaedah utama iaitu:

  • Pengkreditan terus ke akaun bank penerima seperti mana maklumat ketika permohonan/kemasiki dibuat; atau
  • Pembayaran/tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif.

Berkenaan dengan kadar pembayaran STR Fasa 3, ia masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan Status STR

Bagi mereka yang telah membuat permohonan atau kemaskini STR 2024, semakan status boleh dibuat secara dalam talian (online) Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah melalui MySTR. Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (sekiranya ada)

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi mereka yang tidak diluluskan, permohonan rayuan STR boleh dibuat di portal sama dengan merujuk ‘alasan tidak lulus’. Pemohon kemudiannya perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti mana sebab tidak lulus yang dinyatakan.

Permohonan Rayuan boleh dilakukan sepanjang tahun setelah keputusan permohonan dipaparkan. Hal yang sama juga untuk permohonan baru STR yang dibuka sepanjang tahun 2024 ini.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme