Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
duit raya

Kerajaan Negeri setuju beri Bantuan ‘Duit Raya’ RM1,000: Senarai penuh penerima & tarikh bayaran

Posted on March 15, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah bantuan ‘duit raya’ yang diberikan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri bersempena dengan tibanya bulan Ramadan dan Syawal. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan: –

Bantuan ‘Duit Raya’ RM1,000

Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju memberi ‘duit raya’ atau Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) sebanyak RM1,000 secara ‘one’onff’.

Bantuan ini akan diberikan kepada para penjawat awam negeri, termasuk ketua kampung, guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) dan pekerja sambilan harian.

“Buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Perak Bersama Penjawat Awam Negeri Perak.

Bantuan bersempena hari raya itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 orang penerima.

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Tarikh rasmi pemabayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memperkenalkan bantuan sama dengan kadar sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Bantuan diberikan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu sebagai tanda penghargaan untuk mereka yang merupakan nadi penggerak kerajaan negeri. Tarikh pembayarannya telah ditetapkan pada 15 Mac 2024.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Feb   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme