Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
dividen

Dividen KWSP tahun 2023 sebanyak 6.5 peratus? Tarikh pengumuman & cara semak penyata

Posted on February 14, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam masa sama, terdapat juga beberapa badan kewangan Kerajaan yang akan memberikan pulangan keuntungan kepada para penyimpannya, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ramai juga ketika ini yang tertanya-tanya berkenaan dengan kadar agihan pendapatan atau dividen KWSP bagi tahun 2023.

Dividen KWSP tahun 2023

Memetik laporan Berita Harian, KWSP dijangka akan mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2023 dengan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Kadar itu adalah sebanyak antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus, berbanding 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2022.

Memetik kenyataan daripada Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, jangkaan positif itu dibuat berdasarkan prestasi suku tahun semasa KWSP.

Ini kerana, KWSP ketika ini memiliki skala ekonomi yang lebih mampan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM1.1 trilion. Oleh itu, badan kewangan ini mempunyai kelebihan dari segi pilihan pelaburan mahupun proses rundingan dengan pengurus dana luar.

“Namun. disebabkan saiz dana pelaburan yang besar, KWSP perlu bekerja lebih keras untuk mendapat pulangan tinggi dari sudut ringgit, walaupun peratusan yang kecil. Misalnya, untuk setiap satu peratus dividen, KWSP dengan aset RM1.1 trilion perlu membayar RM11 bilion dan ini cukup mencabar dalam situasi ekonomi semasa,” katanya, petikan dari Berita Harian.

Tarikh Pengumuman

Berdasarkan prestasi sebelum ini, kadar dividen KWSP adalah seperti berikut:

  • 2020: 5.20 peratus (konvensional) & 4.90 peratus (shariah)
  • 2021: 6.10 peratus (konvensional) & 5.65 (shariah)
  • 2022: 5.35 peratus (konvensional) & 4.75 (shariah)

Berkenaan dengan tarikh pengumuman dividen pula, ia dijangka akan dibuat pada bulan Mac depan. Hal itu berdasarkan tarikh-tarikh pengumuman dividen sebelum ini yang juga pda bulan berkenaan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan kadar dividen KWSP, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme