Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
pengeluaran awal

Pengeluaran awal KWSP RM3,000 – RM50,000 untuk rakyat Malaysia masih dibuka: Cara memohon

Posted on February 9, 2024 by Admin

Pelbagai jenis program dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Inisiatif-inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan permohonan awal pengeluaran bersyarat melalui sebuah insiatif yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan fasiliti berkenaan: –

Pengeluaran awal KWSP

Untuk makluman, FSA2 pada asasnya untuk membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Dengannya, para ahli akan mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan terlibat.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran pengeluaran perlu dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai usia 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun;
  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan adalah sekali sahaja;
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

Cara Memohon

Permohonan program boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui institusi perbankan terlibat. Pada masa ini, terdapat tiga institusi perbankan yang terlibat iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), MBSB Bank Berhad dan CIMB Bank Berhad.

Berikut adalah tatacara membuat permohonan:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan fasiliti ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme