Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
skk

Setiap penerima STR 2024 layak terima Bantuan SKK RM1,000 ‘one-off’: Ini cara memohonnya

Posted on February 4, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Oktober tahun lalu.

Antara bantuan yang diteruskan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.

Selaras dengan penyasaran semula subsidi. pihak Kerajaan telah menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Bagi tahun 2024, kadar STR yang ditetapkan adalah dari RM350 sehingg RM2,500 berdasarkan kategori penerima, tangga pendapatan dan tanggungan.

Dalam masa sama, para penerima STR juga layak untuk menerima Skim Khairat Kematian (SKK).

Bayaran SKK RM1,000

SKK pada asasnya merupakan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan yang diluluskan STR mereka dan meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.

Syarat-syarat kelayakan SKK adalah seperti berikut:

  • Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan;
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia;
  • Meninggal dunia pada tahun 2024;
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK;
  • Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Oleh itu, para penerima STR disarankan untuk mendaftarkan waris sebagai mereka yang boleh menuntut SKK. Mereka yang boleh didaftarkan adalah: Pasangan; Ibu; Bapa; Anak (Anak Kandung, Anak Tiri, Anak Angkat); Adik-Beradik atau Cucu.

Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme