Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
pengeluaran

Cara buat Pengeluaran Semua Simpanan KWSP dari Akaun 1 & Akaun 2: Senarai mereka yang layak

Posted on February 3, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluaran KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.

Akan tetapi, terdapat pelbagai lagi faktor yang membenarkan para ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka, sama ada secara penuh, sebahagian atau jumlah tertentu. Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP secara penuh: –

Pengeluaran Penuh KWSP

Mencapai usia 55 tahun

Untuk ahli yang telah mencapai usia 55 tahun, mereka boleh membuat pengeluaran sama ada sebahagian atau penuh simpanan mereka. Akaun 1 dan Akaun 2 juga ketika ini akan digabungkan serta dikenali sebagai Akaun 55.

Jika ahli memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas.

Mencapai usia 60 tahun

Bagi ahli yang telah mencapai usia 60 tahun, Akaun 55 dan Akaun Emas akan digabungkan dan boleh dikeluarkan. Ketika itu, ahli boleh membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa.

Meninggalkan Negara

Sekiranya ahli memilih untuk melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia mereka untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal. Mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

Hilang upaya

KWSP juga membenarkan pengeluaran penuh dari Akaun 1 dan Akaun 2 sekiranya ahli mengalami hilang upaya sama ada secara fizikal atau mental sehingga menghalang mereka untuk bekerja. Dalam masa sama, KWSP juga akan memberi sumbangan sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban mereka.

Meninggal dunia

Jika ahli meninggal dunia, waris boleh membuat pengeluaran semua simpanan mereka. Makanya, ahli sangat digalakkan untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Cara Memohon

Jika menepati syarat-syarat yang dinayatakan, permohonan pengeluaran boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui e-Pengeluaran (i-Akaun) KWSP atau di cawangan-cawangan KWSP terdekat.

Pembayaran itu kemudiannya akan dikreditkan ke akaun bank ahli seperti mana yang dinyatakan ketika membuat permohonan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lengkap  boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme