Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
pengeluaran penuh

Pengeluaran penuh Akaun 1 & Akaun 2 KWSP untuk semua ahli: Syarat-syarat & cara memohon

Posted on January 15, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluaran KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.

Akan tetapi, terdapat pelbagai lagi faktor yang membenarkan para ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka, sama ada secara penuh, sebahagian atau jumlah tertentu. Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP secara penuh: –

Pengeluaran Penuh KWSP

1. Mencapai usia 55 tahun 

Ahli boleh mengeluarkan semua simpanan atau sebahagian simpanan mereka dalam Akaun 1 dan Akaun 2 ketika mencapai usia 55 tahun. Ini kerana, simpanan mereka itu akan digabungkan dalam Akaun 55.

Sekiranya ahli memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas.

2. Mencapai usia 60 tahun

Pada usia 60 tahun, simpanan ahli dalam Akaun 55 dan Akaun Emas akan akan digabungkan untuk pengeluaran. Ahli boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan mereka.

3. Hilang upaya 

Bagi ahli yang hilang upaya sama ada secara fizikal atau mental sehingga menghalang mereka bekerja, mereka boleh membuat pengeluaran penuh dari Akaun 1 dan Akaun 2. Pihak KWSP juga akan memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban mereka.

4. Meninggal dunia

Sekiranya ahli meninggal dunia, waris boleh membuat pengeluaran semua simpanan mereka. Oleh hal demikian, ahli sangat digalakkan untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

5. Meninggalkan negara

Untuk ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal. Mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

Cara Memohon

Bagi urusan pengeluaran, ia boleh dibuat secara atas talian melalui e-Pengeluaran (i-Akaun) KWSP atau di cawangan-cawangan KWSP terdekat.

Pembayaran itu kemudiannya akan dikreditkan ke akaun bank ahli seperti mana yang dinyatakan ketika membuat permohonan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lengkap  boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme