Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan tunai

Bantuan tunai RM2,500 dibayar 2 kali kepada kategori penerima ini: Tak perlu memohon

Posted on January 13, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Tunai RM2,500

Di bawah Belanjawan Negeri Sembilan 2024, pihak Kerajaan Negeri telah setuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Bantuan tunai ini akan dikreditkan kepada para penjawat negeri berkenaan sekitar 6,662 orang. Ia diperkenalkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan khas itu diharapkan dapat menyuntik semangat kepada semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat sebanyak dua kali pada hujung Februari dan hujung Mac tahun ini (2024). Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Dimaklumkan bahawa bantuan ini diberikan secara automatik kepada mereka yang layak dan tidak melibatkan sebarang permohonan.

Di bawah Belanjawan sama, pihak Kerajaan Negeri turut memperkenalkan baucar bantuan lesen motosikal sebanyak RM150 seorang kepada belia dari keluarga B40 terhad kepada 100 orang belia dari setiap DUN.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang bertemakan ‘Bersama Membina Negeri MADANI’ berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme