Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan BMT

Bantuan BMT diberikan secara berperingkat: Cara memohon Bantuan Tunai RM800 ini

Posted on August 8, 2024 by Admin

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun 2024 – bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Ia termasuklah bantuan yang diperkenalkan bersempena dengan Musim Tengkujuh. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tunai yang telah diperkenalkan: –

Bantuan BMT (Bantuan Musim Tengkujuh)

Bantuan Musim Tenhkujuh atau BMT adalah bantuan tahunan yang diberikan oleh RISDA bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh. Inisiatif ini juga merupakan salah satu cara pihak Kerajaan untuk membantu mereka yang terkesan dengan dampak buruk musim tengkujuh setiap tahun.

Jumlah pembayaran BMT yang ditetapkan adalah sebanyak RM800 seorang kepada setiap penerima yang layak. Kadar bantuan ini tertakluk kepada kelulusan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan akan berlaku perubahan sekiranya terdapat keputusan baru oleh pihak Kerajaan.

Syarat-syarat Kelayakan

Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah:

  • Warganegara Malaysia 
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA 
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar 
  • Pemilik tanah yang sah 
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA) 

Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah 

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh)

Cara Memohon

Bagi permohonan BMT tahun 2024 ini, ia boleh dibuat dengan dua kaedah iaitu secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir ke Pejabat RISDA terdekat.

Bagi permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA (Permohonan Baru/Hantar/Kemaskini Permohonan) :

  • Pekebun Kecil : Pemohon baru atau Penerima BMT tahun sebelumnya.
  • Penoreh : Wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT tahun sebelumnya.

Untuk pemohon hadir ke Pejabat RISDA dan permohonan diterima melalui Sistem e-BMT:

  • Pekebun Kecil : Penerima BMT tahun sebelumnya berstatus berjaya bayar dan dokumen lengkap.
  • Penoreh : Perlu menghantar permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon BMT adalah seperti yang dinyatakan berikut:

Pekebun Kecil RISDA & Individu

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada)

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan 
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah  
  • Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer) 
  • Salinan buku akaun bank yang aktif  
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/ wakil yang sah 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh) 

Pekebun Kecil Agensi

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan 
  • Geran asal tanah dan salinan (jika memilik tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah) 
  • Salinan buku akaun bank yang aktif 
  • Surat pengesahan daripada agensi 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi JPS dan JAKOA) 

Bagi mereka yang diluluskan permohonannya, pembayaran BMT akan dibuat secara empat fasa iaitu RM200 setiap bulan bermula pada November 2024 hingga Februari 2024. Tempoh permohonan BMT tahun ini dibuka mulai 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024.

Maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dilihat di Portal Suara RISDA (DI SINI) dan permohonannya boleh dibuat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme