Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
maik

Senarai Jawatan Kosong MAIK sesi ambilan Julai 2024: Minima SPM, Gaji sehingga RM9,544

Posted on July 15, 2024 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

  1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM TUA) GRED S41
    • Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak (Interim)
    • Jadual Gaji : RM2,078 – RM9,544
  2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENSYARAH QIRAAT) GRED S41
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Jadual Gaji : RM2,078 – RM9,544
  3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (AWAM JA29)
    • Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak (Interim)
    • Jadual Gaji : RM1,549 – RM5,701
  4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Jadual Gaji : RM1,353 – RM4,005
  5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 
    • Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak (Interim)
    • Jadual Gaji : RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM TUA) GRED S41
    • Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,078.00) ; atau
    • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,281.86);
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENSYARAH QIRAAT) GRED S41
    • Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,078.00); atau
    • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,281.86).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

  • PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (AWAM JA29)
    • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
    • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
      kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
  • PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
      • – Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
      • – Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di pautan yang disediakan di hebahan rasmi. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan jawatan pada 21 Julai 2024.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme