Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Musim Tengkujuh

Bantuan Musim Tengkujuh 2024: Tarikh pembayaran, jumlah dan cara memohon

Posted on July 12, 2024 by Admin

Seperti mana tahun – tahun sebelum ini, pelbagai jenis bantuan juga telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun ini (2024) bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Ia termasuklah sebuah bantuan di bawah RISDA yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).  Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan yang telah diperkenalkan ini: –

Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Musim Tenkujuh atau Monsun Timur Laut adalah keadaan di mana negara menghadapi taburan hujan luar biasa atau hujan lebat berterusan. Selalunya, ia melanda Malaysia bermula pada bulan Oktober sehingga Mac. Musim ini juga memungkinkan pelbagai peristiwa berlaku seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya.

Hujan lebat turut boleh menjejaskan sektor tertentu seperti pertanian dan perladangan. Dalam hal ini, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh.

Bantuan ini pada asasnya merupakan bantuan tahunan yang diberikan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh. Inisiatif ini merupakan salah satu cara pemerintah untuk membantu mereka yang terkena dampak buruk musim ini setiap tahun.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM800 dan akan diberikan sebanyak empat kali sebanyak RM200 pada bulan November dan Disember tahun semasa serta Januari dan Februari tahun seterusnya.  

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh

Pekebun Kecil

Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah 

  • Warganegara Malaysia 
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA 
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar 
  • Pemilik tanah yang sah 
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA) 

Penoreh

Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah 

  • Warganegara Malaysia 
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA 
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar 
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh)

Keadah Memohon

Terdapat dua kaedah untuk memohon Bantuan Musim Tengkujuh iaitu secara dalam talian (online) melalui Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir ke Pejabat RISDA berdekatan.

Bagi permohonan secara dalam talian, berikut adalah tatacaranya:

  • Langkah 1: Secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA dan Sistem e-BMT (permohonan baru/penerima BMT tahun sebelumnya)
    • Pekebun kecil: Pemohonan baru atau penerima BMT tahun sebelumnya.
    • Penoreh: Wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT tahun sebelumnya.
  • Langkah 2: Terimaan maklumat permohonan di sistem e-BMT
  • Langkah 3: Tapisan dan semakan kelayakan permohonan melalui sistem e-SPek, i-Power, e-SRM, PAT-G LGM dan lain-lain sistem RISDA
  • Langkah 4: Kelulusan permohonan mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
  • Langkah 5: Proses pembayaran BMT 2024
  • Langkah 6: Semakan status permohonan dari Portal Pekebun Kecil RISDA atau bmt.risda.gov.my

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah:

  • Pekebun Kecil RISDA dan Individu
    • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
    • Geran asal tanah dan salinan
    • Salinan buku akaun bank yang aktif
    • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada)
  • Penoreh Bukan Pemilik
    • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
    • Salinan kad pengenalan pemilik tanah
    • Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer)
    • Salinan buku akaun bank yang aktif
    • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/ wakil yang sah
    • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
  • Pekebun Kecil Agensi
    • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
    • Geran asal tanah dan salinan (jika memilik tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah)
    • Salinan buku akaun bank yang aktif
    • Surat pengesahan daripada agensi
    • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi JPS dan JAKOA)

Maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dirujuk di Portal Suara RISDA (DI SINI) dan  permohonan boleh dibuat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme