Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
RM800

Permohonan Bantuan RM800 2024 telah dibuka: Cara memohon & Syarat-syaratnya

Posted on July 11, 2024 by Admin

Seperti mana tahun – tahun sebelum ini, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun ini (2024) bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Ia termasuklah bantuan yang diperkenalkan bersempena dengan musim tertentu. Berikut adalah maklumat lanjut tentang Bantuan tunai yang telah diperkenalkan: –

Bantuan RM800 di bawah BMT

Bantuan RM800 yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Musim Tengkujuh yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah kendalian Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Bantuan ini pada asasnya melibatkan kadar sebanyak RM800 yang dibayar secara berperingkat.

Bantuan ini diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah ketika tibanya musim tengkujuh. Seperti mana yang ramai telah maklum, musim tengkujuh akan membawa kadar hujan luar biasa di negara ini. Ia sekaligus kadang-kala menjejaskan sektor tertentu seperti aktiviti menoreh getah.

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan Musim Tengkujuh ini diberikan kepada Pekebun Kecil dan mengusahakan lot bertanam getah atau penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah. Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakannya secara khusus:

  • Pekebun Kecil Getah
    • Warganegara Malaysia sahaja.
    • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
    • Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
    • Pemilik tanah yang sah.
    • Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
    • Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Penoreh Getah
    • Warganegara Malaysia.
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
    • Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
    • Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
    • Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Cara Memohon

Untuk permohonan BMT, ia telah pun dibuka mulai 01 Jun lalu dan akan ditutup pada 30 September 2024. Permohonannya boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau secara manual dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat RISDA terdekat.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat dan diluluskan permohonannya, pembayaran bantuan ini akan dibuat secara 4 berfasa (sebulan sekali selama 4 bulan). Kadar BMT pula adalah sebanyak RM200 setiap fasa (kadar keseluruhan RM800).

Maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dilihat di Portal Rasmi RISDA (DI SINI) dan permohonannya boleh dibuat – DI SINI.

Dalam masa sama, pihak RISDA juga ada memperkenalkan Program Tanam Semula Getah (TSG). Melalui program ini, pokok getah tua yang tidak ekonomik akan ditanam semula dengan pokok getah baharu dari klon berpenghasilan tinggi. Bantuan disalurkan secara lima ansuran.

Kadar bantuan program ini pula adalah sebanyak RM 13,710 / hektar (Semenanjung Malaysia), RM 14,955 / hektar (Sabah) dan RM 14,805 / hektar (Sarawak). Syarat-syarat kelayakan pula adalah seperti berikut:

  • Semasa
    • Warganegara Malaysia
    • Mempunyai tanah milikan yang sah keluasan minimum 0.1 hektar dan keluasan maksimum 40.0 hektar
    • Pemilik yang tidak mempunyai milikan yang sah perlu mendapatkan pengesahan agensi pelaksana @ pihak berkuasa tempatan
  • Berturut
    • Selesai bayaran sepenuhnya ansuran sebelumnya
    • Kebun getah diselenggara serta melaksanakan amalan pertanian baik (GAP)
    • Sekurang-kurangnya 85% pokok hidup subur daripada jumlah pokok yang ditanam

Cara memohonnya pula, boleh dikemukakan di pejabat RISDA Stesen, Daerah/Jajahan/Bahagian, Negeri yang berhampiran. Maklumat lanjut tentang program ini sila rujuk – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme