Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
mainpp

Iklan jawatan kosong di MAINPP untuk kelayakan PMR hingga Ijazah: Gaji sehingga RM9,618

Posted on May 15, 2024 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong MAINPP

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,701
  4. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
    • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya. atau
    • Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.atau
    • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • PENOLONG JURUTERA GRED JA29
    • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • PEMANDU KENDERAAN GRED H11
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
    • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MAINPP. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm.

Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar ke alamat:

Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tingkat 7, 8 & 9, Menara JKP
No.128, Jalan Macalister 10400
PULAU PINANG.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 21 MEI 2024, Selasa.

Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Mar   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme