Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
hari raya

Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM300 & RM1,200 telah dikreditkan ke akaun: Senarai penuh penerima

Posted on March 16, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah Bantuan Khas Kewangan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan hadapan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Hari Raya Aidilfitri

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinag telah bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Bantuan ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri dengan anggaran peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.44 juta.

Ia diberikan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang merupakan nadi penggerak Kerajaan Negeri.

Dalam masa sama, bantuan bersempena Aidilfitri ini turut dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing.

Selain itu, penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR) turut layak menerima bantuan ini, tetapi dengan kadar sebanyak RM300.

Kadar sama juga dipanjangkan kepada kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

Pembayaran Bantuan

Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia dibuat secara kredit terus ke akaun penerima tanpa melibatkan sebarang permohonan.

Tarikh pembayaran pula adalah pada 15 Mac 2024 seperti mana yang dimaklumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Sebelum ini, Pulau Pinang telah memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada para penjawat awamnya dengan kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Pembayarannya telah pun selesai dilaksanakan pada bulan Disember 2023 dengan peruntukan keseluruhan lebih RM7.051 juta.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Feb   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme