Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
rm2500

Bantuan Khas RM2,500 kali ke-2 dibayar hujung bulan ini (Mac 2024): Tidak perlu memohon

Posted on March 13, 2024 by Admin

Sesuai dengan usaha membantu rakyat, terdapat banyak bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 mengikut negeri. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Khas RM2,500

Perkara sama juga telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Belanjawan Negeri 2024. Ini kerana, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan atau BKK sebanyak atu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Bantuan ini akan diberikan kepada para penjawat awam negeri sebagai tanda menghargai mereka yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Untuk makluman, seramai 6,662 penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri akan menerima bantuan khas berkenaan.

Pembayaran Bantuan Khas

Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Oleh itu, bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik.

Pembayarannya pula akan dibuat secara dua peringkat iaitu pada hujung bulan Februari dan Mac 2024. Tarikh itu dipilih sebagai persediaan pembukaan sekolah dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selain itu, Kerajaan Negeri Sembilan juga telah memperkenalkan sumbangan RM500 kepada golongan belia di negeri itu yang ingin melangsungkan perkahwinan kali pertama.

Malah, warga emas berumur 70 tahun ke atas di negeri berkenaan juga layak menerima sumbangan keceriaan tahunan sebanyak RM200 secara ‘one-off’.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Feb   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme