Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
SUMBANGAN RM200

Permohonan Sumbangan RM200 untuk mereka berumur 70 tahun telah dibuka: Ini cara memohon

Posted on March 9, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan di bawah Belanjawan 2024  mengikut negeri masing-masing. Salah satunya adalah apabila bantuan tunai kepada warga emas.

Bantuan RM200 untuk warga emas

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperkenalkan insiatif baru iaitu sumbangan tunai RM200 kepada warga emas secara ‘one-off’.

Insentif ini merupakan salah satu daripada 77 inisiatif yang terkandung dalam manifesto Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan;
  • Pendapatan tidak melebihi RM4,000;
  • Bermastautin di Negeri Sembilan;
  • Berumur 70 tahun ke atas.

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan tunai ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal atau Aplikasi N9 Digital.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Kad Pengenalan (MyKad);
  • Slip pengundi SPR;
  • Dokumen pengesahan pendapatan/slip pencen.

Dimaklumkan bahawa pemberian bantuan ini terhad kepada 10,000 pemohon pertama sahaja. Oleh itu, mereka yang layak digalakkan untuk membuat permohonan dengan kadar segera.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Sembilan juga memperkenalkan caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM100 bagi kelahiran baharu anak-anak Negeri Sembilan bermula tahun 2023 hingga 2027.

Selain itu, bantuan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh sebanyak RM300 juga diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelbagai lagi inisiatif Negeri Sembilan, sila rujuk di Portal Rasmi Negeri – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Feb   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme