Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
rumah ppr

Permohonan Rumah PPR dengan sewa RM250 – RM280 sebulan: Senarai projek & cara memohon

Posted on February 24, 2024 by Admin

Pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya di kalangan B40.

Salah satunya adalah melalui Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Disewa:

Rumah PPR

PPR Disewa  diperkenalkan pada Februari 2002 dengan tujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar berpatutan.

Setiap rumah PPR akan memiliki ciri-ciri berikut:

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan : 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Cara Memohon

Berdasarkan maklumat dari Portal Teduh KPKT, pada ketika ini terdapat dua projek PPR Disewa yang sedang dibuka iaitu PPR Pasir Mas, Kelantan (sewa RM250) dan PPR Tagasan, Semporna, Sabah (sewa RM280).

Permohonannya boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lengkap berkenana PPR Disewa boleh dirujuk DI SINI, manakala senarai projek boleh dilihat DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme