Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
sara hidup

Bantuan Sara Hidup RM300 setiap bulan: Syarat-syarat, kaedah kredit & cara memohon

Posted on February 19, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan memperkenalkan sebuah inisiatif kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH): –

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup yang dimaksudkan ini adalah sebuah insentif tunai di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Tujuan utama ia dioerkenalkan adalah bagi meringankan beban sara hidup harian veteran ATM yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM300 dan akan diberikan setiap bulan kepada yang layak dan diluluskan permohonnya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon

Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Sara Hidup ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan. Borang itu boleh diisi oleh pemohon sendiri atau waris dengan keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar.

Ia seterusnya perlu dihantar ke ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Dimaklumkan bahawa setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan kemudiannya akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada penerima itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti dan borang permohonan, ia boleh didapati – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme