Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan khas

Bantuan Khas minima RM1,000 dibayar bulan ini (Februari 2024): Semak kelayakan sekarang

Posted on February 13, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan Tahunan Negeri masing-masing. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Khas minima RM1,000

Di bawah Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan khas ini akan disalurkan kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri bagi menghargai penglibatan mereka menjayakan kutipan hasil.

Pembayaran Bantuan Khas

Untuk makluman, bantun khas itu merupakan sebahagian daripada insentif keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang sudah pun dimulakan menerusi BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, bulan Mei 2023 lalu.

BKK kali kedua sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 pula akan dibayar kepada para penerima yang layak pada 28 Disember 2023 lalu.

Manakala, setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 pula akan dibayar pada bulan Februari 2024 ini. Tarikh berkenaan dipilih bagi meringankan beban para penjawat dalam usaha membuat persiapan sesi persekolahan 2024 pada bulan Mac 2024 nanti.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, terdapat pelbagai lagi insentif dan bantuan yang dipekenalkan di bawah belanjawan sama. Antaranya adalah BINGKAS yang merupakan bantuan berbentuk e-Dompet RM300 setiap bulan.

Selain itu, pihak Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Bantuan Sihat Selangor sehingga RM5,000 untuk golongan kurang mampu tampung kos dialisis, pembedahan katarak mata dan lain-lain.

Bagi maklumat lengkap tentang bantuan-bantuan di Bawah Belanjawan 2024 Selangor ini, sila rujuk – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme