Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan kerajaan

Senarai penerima Bantuan Kerajaan RM2,000 yang dibayar hujung bulan ini: Tidak perlu memohon

Posted on February 10, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Belanjawan 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Bantuan Tunai RM2,000

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan tunai sebanyak RM1,000 dan RM2,000 secara ‘one-off’.

Bantuan ini dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan akan diberikan kepada para penerima berikut:

  • RM2,000: Kepada para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM1,000:  Kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bayaran sebanyak RM1,000 juga akan disalurkan kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Bantuan ini pada asasnya diperkenalkan bersempena dengan usaha Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan tunai ini akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024. Tarikh itu dipilih bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima. Dimaklumkan jug bahawa bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik.

Dalam masa sama, pihak kerajaan turut bersetuju liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja untuk penjawat awam, ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000, selaras pindaan Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi sektor swasta.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi maklumat lengkap tentang bantuan tunai ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme