Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
skim sejahtera

Skim Sejahtera Rakyat RM5,000 diberikan secara ‘one-off’: Senarai mereka yang layak memohon

Posted on January 20, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Skim Sejahtera Rakyat yang memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Kemasukan ke IPT RM500 – RM5,000

Di bawah Skim Sejahtera Rakyat, terdapat sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ia diberikan kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke IPT dengan tujuan untuk meringankan beban mereka.

Kadar bantuan ini adalah seperti berikut:

  • RM1,000: Ijazah Sarjana Muda
  • RM750: Diploma
  • RM500: Sijil

Dalam masa sama, sumbangan sebanyak RM5,000 juga diperkenalkan sebagai Anugerah Khas menamatkan pengajian dengan keputusan Ijazah Kelas Pertama di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan
  • Mastautin di Negeri Sembilan
  • Pendapatan isi rumah ibu bapa tidak melebihi RM4,000.00
  • Permohonan dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  • Dokumen:
    • Salinan MyKad Pemohon,
    • Salinan MyKad Ibu Bapa / penjaga
    • Salinan Penyata Gaji / pengesahan pendapatan
    • Salinan surat Tawaran ke IPT / resit bayaran pendaftaran
    • Salinan slip Mengundi SPR pemohon

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal atau Aplikasi N9 Digital.

Pemohon perlu melampirkan dokumen-dokumen yang ditetapkan di syarat-syarat kelayakan. Pemohon juga perlu mengisi permohonan dengan maklumat yang benar dan tepat bagi memudahkan urusan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan-bantuan lain di bawah Skim Sejahtera Rakyat sila rujuk DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme