Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan kewangan

Bantuan RM1,200 dikreditkan ke MyKad mulai bulan ini: Tak perlu memohon & senarai penerima

Posted on January 18, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada tahun lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan RM1,200 SARA

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan bersetuju  meneruskan  Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Bagi penerima STR yang menepati syarat-syarat tertentu, mereka juga layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah dinaikkan daripada RM600 sebelum ini kepada RM1,200.

SARA pada asasnya merupakan bantuan kepada penerima STR yang layak secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan (setahun) secara automatik melalui MyKad masing-masing.

Untuk lebih lengkap, pembayaran SARA adalah seperti berikut:

  • RM1,200 (RM100 setiap bulan): Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
  • RM300: Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
  • RM150: Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM

Tarikh Pembayaran

Pembayaran SARA 2024 mula dilaksanakan pada bulan Januari 2024 dengan kadar RM100. Ia kemudiannya akan dikreditkan secara bulanan sehingga Disember 2024.

Penerima yang layak akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme