Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bayaran tunai

Bayaran tunai RM2,000 dikreditkan pada bulan ini (Januari) & April 2024: Tidak perlu memohon

Posted on January 16, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah  Bantuan Khas Kewangan yang umumkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi tahun 2024. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan – bantuan khas berkenaan:

Bayaran Khas RM2,000

Melalui Belanjawan 2024 Negeri Sabah, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000.

Bantuan ini akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri, termasuk bertaraf sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.

Pemberian bantuan ini adalah sebagai penghargaan atas komitmen dan usaha penjawat awam dalam menggalas tugas yang diamanahkan demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Tarikh Bayaran

Untuk maklumat, pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada bulan Januari 2024 dan RM1,00o lagi apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024.

“Justeru itu, Kerajaan Negeri ingin membawa khabar gembira kepada semua Penjawat Awam Negeri Sabah khususnya kepada Kumpulan Perkhidmatan Sokongan yang menjadi penggerak utama jentera pentadbiran kerajaan.

“Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri Sabah termasuk penjawat awam sementara, kontrak dan Pekerja Sambilan Harian,” kata Menteri Kewangan Negeri, Datuk Masidi Manjun.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM44 juta bantuan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan
untuk meneruskan pengajian serta bantuan bagi menyokong institusiinstitusi pendidikan dan RM101 juta untuk biasiswa dan dermasiswa kepada 1,500 orang bakal pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Sabah, sila lihat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme